Skip to content

PROTECTHEALTH DAN KKM LAKAR SEJARAH, TERIMA ANUGERAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

13 SEPTEMBER 2022, PUTRAJAYA – ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai ‘MOST VACCINATION DOSES ADMINISTERED IN A DAY’ daripada Malaysia Book of Records, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan sejak Februari 2021.

Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin berkata penganugerahan ini adalah hasil daripada kerjasama strategik awam-swasta sepanjang PICK dijalankan dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Tambah beliau, demi memastikan suntikan vaksinasi diberikan dengan pantas dan meluas, terutamanya dengan kehadiran varian-varian baharu yang lebih berisiko tinggi pada ketika itu, Kerajaan telah menggerakkan seluruh jentera dan bekerjasama dengan pihak swasta dengan membentuk kerjasama awam-swasta terbesar yang diterajui oleh ProtectHealth, selaras dengan pendekatan “whole-of-nation” dan “whole-of-society”.

“Wabak COVID-19 telah memaksa industri kesihatan kita untuk ‘reform’ dan akhirnya menjadi lebih baik dari sebelumnya, apabila kerjasama strategik awam-swasta (Public-Private Partnership) dibentuk melalui PICK untuk memastikan akses dalam penjagaan kesihatan dan vaksinasi negara lebih menyeluruh dan sampai kepada semua rakyat.

“KKM dan ProtectHealth telah bekerjasama dalam menerajui PICK sehingga lebih 72 juta dos vaksin diberi kepada Keluarga Malaysia dan pada 28 Julai 2021 dan jumlah suntikan vaksin harian tertinggi direkodkan adalah sebanyak 581, 566 dos, sekali gus diiktiraf oleh Malaysia Book of Records,” katanya ketika Majlis Penganugerahan Malaysia Book of Records dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination: Public-Private Partnership, di KKM, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dato’ Dr. Anas Alam Faizli berharap pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records yang diterima hari ini akan menjadi pembakar semangat untuk ProtectHealth terus menerajui kerjasama awam-swasta dalam sektor penjagaan kesihatan, selain turut memperkasa sistem dan sektor kesihatan negara untuk menjadi lebih berdaya tahan serta fleksibel pada masa hadapan.

“Setiap ujian yang diberikan pasti ada hikmah di sebaliknya. COVID-19 telah membuka ruang dan peluang kerjasama yang tidak pernah dijangkakan sebelum ini.

“Dengan penganugerahan yang cukup bermakna ini, saya jamin ProtectHealth akan terus menjunjung mandat yang diamanahkan oleh KKM dan terus menjadi peneraju bagi kerjasama awam-swasta bagi menambah baik sistem kesihatan negara dengan melibatkan penyertaan lebih ramai pihak pemegang taruh,” tambah Dato’ Dr. Anas.

Dato’ Dr. Anas turut menyatakan bahawa Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination: Public-Private Partnership yang turut dilancarkan telah berjaya merakamkan semua kejayaan sepanjang PICK dijalankan dan ia bakal berperanan sebagai bahan rujukan penting pada masa hadapan.

“Saya percaya laporan ini dapat memberi gambaran penuh tentang bagaimana PICK diwujudkan dan impaknya dalam membantu negara.” katanya.

Turut diraikan dalam majlis berkenaan adalah 42 penerima anugerah yang terdiri daripada klinik, hospital swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah memberikan perkhidmatan dan kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan PICK.

Senarai penerima anugerah adalah seperti dalam Lampiran 1

Kesihatan Anda, Misi Kami
PROTECTHEALTH CORPORATION SDN. BHD.


LAMPIRAN 1

PICKids CATEGORY
• Outstanding Kids Vaccination Contribution by PPV Integrasi
Salam Alliance Sdn Bhd
• Outstanding Kids Vaccination Contribution by PPV Offsite
Poliklinik Medi Ihsan
• Outstanding Kids Vaccination Contribution by General Practitioner Clinic
POLIKLINIK DR MEDIC
• Outstanding Kids Vaccination Contribution by Private Hospital
Hospital Wanita & Kanak-Kanak Naluri
• Outstanding School Outreach Kids Vaccination
Klink Syed Badaruddin Sdn. Bhd.

SPECIAL AWARD
• Outstanding Home Vaccination Contribution
Malaysian Red Crescent Society National
• Outstanding Outreach Vaccination Contribution
Malaysia Medical Relief Society
• Outstanding Vaccination Contribution at Remote & Interior Areas
Andante International Foundation
• Outstanding Vaccination Contribution for OKU (Drive Through) -Provider
Ara Damansara Medical Centre
• Outstanding Vaccination Contribution for OKU (Drive Through) -Partner
OKU Sentral Association
ADOLESCENTS CATEGORY
• Outstanding Adolescents Vaccination Contribution by PPV Integrasi
Klinik Segara
• Outstanding Adolescents Vaccination Contribution by PPV Offsite
Poliklinik Dr. Halimah
• Outstanding Adolescents Vaccination Contribution by General Practitioner Clinic
Klinik SP Care
• Outstanding Adolescents Vaccination Contribution by Private Hospital
Thomson Hospital Kota Damansara
• Outstanding School Outreach Adolescents Vaccination
Hijraa Healthcare Sdn. Bhd

SPECIAL AWARD
• 24-Hour Vaccination Provider
Primer Cherang Kota Damansara 24 Clinic
• Outstanding Community Outreach Vaccination Contribution
Klinik 1 Krubong
• Outstanding Community Hospital Vaccination Provider
Putra Specialist Hospital (Batu Pahat) Sdn Bhd
• Outstanding Vaccination Partnership Initiatives
DRZU Medical Group Sdn. Bhd.

BOOSTER CATEGORY
• Outstanding Booster Vaccination Contribution by PPV Integrasi
Permai Polyclinics Sdn Bhd
• Outstanding Booster Vaccination Contribution by PPV Offsite
Medcare Medical Clinic
• Outstanding Booster Vaccination Contribution by General Practitioner Clinic
Klinik Dr Kheng
• Outstanding Booster Vaccination Contribution by Private Hospital
iHEAL Medical Centre Kuala Lumpur

SPECIAL AWARD
• Pioneer General Practitioner Clinic GP Vaccination Contribution
AMC Medical Clinic
• Outstanding General Practitioner Mobile Clinic Vaccination Provider
Klinik Bergerak Sri Permai
• Outstanding Vaccination Contribution for International Airport
Pusat Perubatan Menara
• Outstanding Offsite Vaccination Centres Coverage
Central International Healthcare Group

PRIMARY CATEGORY
• Outstanding Primary Vaccination Contribution by PPV Integrasi
U.n.i Klinik
• Outstanding Primary Vaccination Contribution by General Practitioner Clinic
Klinik Lubok Jong
• Outstanding Primary Dose Vaccination Contribution by Private Hospital
UCSI Hospital

SPECIAL AWARD
• Outstanding Mobile Vaccination Contribution
Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd
• Outstanding Industry Vaccination Contribution
ASP Medical Clinic Sdn Bhd
• Good Samaritan Vaccination Provider
GHHS Healthcare
• Critical Industry Vaccination Provider
Qualitas Medical Group Sdn Bhd

TOP 7
• Overall Outstanding Vaccination Contribution by Group General Practitioner Clinic
Siti Healthcare Sdn Bhd
• Overall Outstanding Vaccination Contribution by Individual General Practitioner Clinic
Klinik Foo
• Overall Outstanding Vaccination Contribution by Group Hospital
KPJ Healthcare Berhad
• Overall Outstanding Vaccination Contribution by Individual Hospital
Sungai Long Specialist Hospital
• Overall Outstanding Vaccination Contribution by Ambulatory Care Centre
BP Healthcare Group
• Overall Outstanding Vaccination Contribution by Healthcare Non-Governmental Organisation
National Cancer Society of Malaysia

MAIN AWARD
• Overall Outstanding Vaccination Contribution
QueueMed Healthtech Sdn Bhd